PDF function ADDITIONAL MATHEMATICS PROJECT WORK (DONE)
OFFICE function ADDITIONAL MATHEMATICS PROJECT WORK (DONE)
KM

:)
Friday, July 26, 2013
Friday, March 1, 2013
REMAJA Jauhi ZINA !!!
"Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk"
(Surah al-Israa, ayat 32)
Zina ialah persetubuhan yang membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan. Perbuatan ini dicela oleh Allah dan haram serta merupakan dosa besar yang melanggar ketetapan agama.
Pada masa kini, para remaja amat terdedah dengan zina. Jika tidak diberi didikan agama dan moral yang mencukupi peluang untuk melakukan zina amatlah tinggi.
Antara Punca Zina berlaku:
Mendedahkan Aurat
Remaja sering terpengaruh dengan fesyen terkini iaitu fesyen yang menayangkan aurat yang boleh meggugat iman lelaki. Ingat!! Cara berpakaian yang betul telah diajar oleh pencipta yang maha penyayang, Allah SWT dalam surah An-Nur, ayat 31, " Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah nampak daripadanya; dan hendaklah mereka mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka"
Pergaulan Bebas
Lelaki dan wanita yang bukan muhrim ada batasnya. Lelaki HARAM bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrimnya begitu juga wanita. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jika salah seorang daripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatang besi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuh seorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya. (Hadis Riwayat Tabrani).
Perbuatan ini mengundang keinginan untuk berzina jika dilakukan.
Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan
Perbuatan ini sering berlaku kepada pasangan2(couple) yang sedang hangat bercinta. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, YANG KETIGA ialah SYAITAN".(Riwayat at-Tirmizi). Syaitan akan sentiasa menyesatkan anak2 Adam. Dia akan meletak manisan diatas dosa agar dipandang indah. Seperti Ketika berdating segalanya akan menjadi indah dan apabila dihasut, tangan mula merayap-rayap. Memang benar perasaan cinta itu fitrah, tetapi hendaklah bercinta dengan cara yang betul seperti yang diajar oleh Islam iaitu dengan ikatan yang sah iaitu PERKAHWINAN. Kepada para remaja, tunggulah masa yang sesuai untuk bercinta. Fikirkan tentang pelajaran iaitu tujuan utama kita bersekolah.
Mengeluarkan kata2 lucah atau menonton bahan lucah
Mutakhir ini, bahan2 lucah amat mudah didapati. Dengan kemudahan teknologi yang ada, pelbagai cara penyebaran bahan lucah boleh berlaku. Seperti dengan berkongsian Bluetooth dan melayari laman lucah melalui wifi percuma. Tambahan pula, handphone yang berteknologi wifi dan bluetooth mudah didapati dengan harga yang rendah. Ibu bapa harus memainkan peranan dalam hal ini. Pemantaun mereka amat diperlukan untuk mencegah aktiviti ini. Aktiviti inilah yang mengajar para remaja tentang zina dan menggalakkan lagi mereka melakukan zina.
Cara2 Jauhi ZINA
Ibubapa
Beri didikan agama yang cukup kepada anak2. Sentiasa memantau kelakuan anak2. Beri anak3 kasih sayang dan perhatian yang secukupnya. Beri contoh yang baik kepada anak2.
Remaja
Jangan tinggal solat. Pilih sahabat dengan betul. Jangan mudah terpedaya dengan ajakan kawan dan budaya2 sosial yang bertentangan dengan syarak. Bercinta pada masa yang sesuai. Gunakan kemudahan dengan betul. Dekatkan diri dengan Allah dan Rasulnya. Ingat!! Allah maha melihat, Allah melihat semua yang kita lakukan, malulah kepada Allah untuk melakukan dosa.
Akhir sekali, kepada para remaja jauhilah zina. Jadikan perbualan seorang pemuda dengan Rasulullah SAW ini sebagai iktibar Pemuda itu berkata: “Wahai Rasulullah, izinkanlah saya melakukan perbuatan zina.” Lantas dengan segera orang ramai menerpanya dan memperingatkannya: “Cukup. Cukup atau berhentilah berbicara demikian.”
Rasulullah SAW kemudian berkata kepada pemuda itu: “Hampir kepadaku.” Pemuda itupun datang hampir kepada Baginda dan Baginda pun memintanya duduk.
Selepas pemuda itu duduk hampir dengan Rasulullah SAW, Baginda pun mengajukan soalan kepadanya: “Apakah kamu suka perzinaan itu berlaku kepada ibumu?” Jawab pemuda itu: “Tidak ada seorangpun yang menyukai hal itu terjadi pada ibu mereka.” Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Apakah kamu suka hal itu terjadi kepada puterimu?” Jawabnya: “Tidak demi Allah, saya menjadi tebusanmu dan tidak seorangpun menginginkan itu terjadi pada puteri mereka.”
Rasulullah SAW meneruskan soalannya kepada pemuda itu: “Apakah kamu menyukai hal itu terjadi kepada saudaramu?” Katanya: “Tidak. Demi Allah saya menjadi tebusanmu, kemudian dia menyambung,” Tiada seorangpun inginkan hal itu berlaku.”
Rasulullah SAW masih meneruskan soalannya kepada pemuda itu dan masih dijawab dengan jawapan yang sama dan akhirnya Rasulullah SAW meletakkan tangan pemuda itu ke atasnya dan berdoa untuknya: “Wahai Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, peliharalah kemaluannya, setelah itu pemuda itu dilaporkan tidak lagi berkeinginan melakukan zina.” (Riwayat Imam Ahmad)
Labels:
adultery,
aurat,
cinta,
couple,
dosa besar,
haram,
islam,
keji,
love,
muslim,
pergaulan bebas,
sains,
sin,
sins,
zina
Subscribe to:
Posts (Atom)