KM

KM
:)

Tuesday, September 16, 2014

Cinta dulu dan kini...

Dulu,
Cinta terkenal dengan permulaannya,
Dari mata turun ke hati,
Namun kini,
Cinta juga beputik,
Daripada laman sosial,
Bermula daripada "chat" turun ke hati..

Tetapi...
Cinta yang tersebut,
Tinggi risikonya,
Terlalu bahaya bagi sang hati,
Yang hanya mencintai,
Kerana perkataan,
Bukan perbuatan..

Hanya kerana perkataan,
Hanya kerana ayat,
Hadirnya perasaan,
Cinta,
Sayang,
Dan rindu..

Betapa tingginya,
Peranan ayat dalam percintaan,
Gadis2 mudah cair,
Dengan untaian kata jejaka2..

Yang bisa menjadi,
Realiti,
Perangkap,
Atau mainan semata...

Yang lebih terang lagi bersuluh,
Pada masa kini,
Maruah sebahagian gadis2,
Semakin pudar,
Kerana budaya,
Kerana ceteknya ilmu,
Kerana kurangnya didikan,
Kerana tidak wujudnya amalan..

Cinta menjadi semakin murah,
Bahkan terlalu murah bagi gadis,
Yang tidak ternilai harganya..

Sehingga sanggup berhabisan wang,
Berhabisan tenaga,
Bahkan sanggup berpisah dari keluarga,
Dan curang dengan kekasih yang dulunya amat dia cintai,
Kerana penangan ayat di laman sosial...


Sunday, September 14, 2014

Doaku untukmu

Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu hatinya,
Untuk menerima hidayahMu,
Untuk berdiri di atas jalanMu,
Untuk memperjuangkan ajaranMu..

Kau berikanlah petunjukMu padanya,
Agar mendalami apa yang sepatutnya,
Agar mencintai diriMu, persuruhMu dan ajaranMu..

Kau jadikanlah dia,
Orang yang sentiasa taat padaMu,
Patuh akan perintahMu,
Mengamalkan sunnah persuruhMu,
Mencontohi isteri persuruhMu, Aisyah RA,

Ya Allah,
Jika benar,
Dia yang tertulis untukku,
Kau jadikanlah dia rahmat untukku,
Kerana yang kuinginkan adalah,
Seseorang,
Yang mampu,
Menegur kesalahanku,
Mengejutkanku tika subuh menjelma,
Mengingatkanku akan 5 waktu bersamaMu,
Membantuku berjuang dijalanMu..

Allahumma Amiin...

Doaku

Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan kami,
Kau makbulkanlah doa kami,
Kau bukakanlah pintu hati kami,
Kau bukakanlah pintu hati kedua org2 tua kami,
Kau berikanlah kami dan mereka hidayah,

Yang kami ingin,
Bukannya dosa dan noda,
Tapi,
Bersatu di atas jalan Mu,
Bersatu di jalan yang suci lagi halal,
Bersatu memperjuangkan agama Mu,
Menjauhkan diri daripada maksiat,
Menjaga maruah..

Ya Allah,
Kami mempunyai perasaan yang sama,
Iaitu, saling memerlukan antara satu sama lain,
Kau bantulah kami,
Kau jadikanlah cita2 kami ini,
Sebuah kenyataan.

Amiin ya Rabbal Alamiin :')

Saturday, September 13, 2014

Hati, mata dan cinta

Hati...
Jika hati dah terlalu sayang dilukai,
Dan dikecewakan
Pasti rasanya terlalu sakit,
Terlalu perit,
Bahkan mustahil mata tidak menangis...

Mata yang menangis,
Jika kerana cinta,
Itu biasa,
Jika cinta pada manusia,
Itu ujian dan ianya bersifat sementara,
Tangis kerana cinta manusia tidak mendatangkan apa2..
Sebaliknya,
Tangis kerana Allah,
Kerana dosa,
Kerana mensyukuri nikmat,
Itulah sebaikya,
Kerana ianya memadam api neraka..

Friday, September 12, 2014

LOVE

LOVE..
Bermula daripada huruf 'L',
Yang membawa erti,
LISTEN..

Lahir pada pasangan yang,
Mendengar satu sama lain,
Yang memahami satu sama lain..

Hakikat cinta kelihatan indah,
Namun,
Di dalamnya terselit,
Beribu rasa,
Yang sukar diungkap..

Hakikat cinta itu,
Membawa ketenangan,
Menghapus air mata,
Mengukir senyuman,
Pelengkap diri yang tidak sempurna..

Dua hati,
Yang bercantum menjadi satu,
Memerlukan ikatan yang kuat,
Persefahaman yang gitu,
Tidak terkecuali,
Pengorbanan..

Dan,
Ianya kekal,
Ianya indah,
Jika dua hati,
Memilih untuk bersatu,
Memilih untuk setia,
Selamanya~



Adam, Adam2 dan Hawa :)

Al kisah...
Jika seorang yang bergelar hawa,
jatuh cinta pada seorang adam,
namun punya perasaan sayang pada seorang lagi adam (adam2)...

Sekian lama....
Segala isi hati diluah kepada adam2,
Segala perasaan dikongsi kepada adam2,
Kisah hidup,
Segala-galanya dikongsi...

Namun sang adam,
hanya menjadi tempat,
untuk meluahkan rasa gembira,
untuk menikmati rasa bahagia..
untuk mencari senyuman..

Sedangkan....
cinta itu...
membawa maksud perkongsian hidup..
merangkumi duka, suka, sedih dan gembira bersama..
cinta itu untuk melengkapi yang tidak sempurna..

jika ada satu kuiz dianjurkan..
kuiz yang menanyakan soalan..
perihal hidup sang hawa..
apa yang hawa suka,
apa yang hawa tak suka,
apa yang hawa minat,
apa yang membahagiakan hawa,
apa cara memahami hawa,

nescaya..
adam2 mampu menjawab kesemuanya..
dan
adam hanya mampu menjawab sebahagian kecil daripadanya..
keranaaaaaaaa..
apa yang dikongsi pada adam2 adalah segala-galanya..
dan
apa yang dikongsi pada adam hanyalah bahagia,hanyalah senyuman..

tataa..





Monday, August 11, 2014

Pengorbanan Dalam Percintaan (an untold story) - by SNBMA

 Pengorbanan Dalam Percintaan (an untold story) - by SNBMA

Daniyal.... He is 17 but actually 18 now. Study at IPTA. Bekas pelajar SBP. Seorang yang pendiam but sometimes naughty jugak. Bukan jenis yang hot temper, yang pemarah but cool dan sabar. Jujur perspektif utama. Dia sangat mencintai seorang wanita yang teramat istimewa baginya. She is Farzana Aulia. Tapi setiap manusia ada juga kekurangannya. Manusia x kan lari daripada perasaan yang berbelah bagi. Kita manusia biasa tiada yang sempurna tetapi bukan bermaksud kehidupan kita pun begitu.Terpulang pada kita sendiri yang mewarnai hitam putih pelanginya. Farzana Aulia, tidak dinafikan. Gadis pintar, cantik, baik dan mempunyai ciri2 idaman setiap lelaki sudah semestinya ramai yang berkenan.

Perhubungan antara Daniyal dan Farzana Aulia sememangnya sudah erat. Tanpa dipinta, Allah turunkan dugaan untuk menguji sejauh mana kesabaran dan kesetiaannya terhadap Farzana Aulia. "Bukan kepentingan, malahan keegoan telahku korbankan. Berlimpahan kasih sayang aku curahkan buatmu seorang" nyanyian spring. Begitulah ibaratnya Daniyal. Dia korbankan  kepentingan dan egonya dia tak pernah tunjukkan untuk Farzana Aulia. Sayangnya, Farzana Aulia hatinya berbelah bagi. Mungkin separuh untuk Daniyal tapi separuh lagi untuk abang angkatnya. Perkenalan mereka bermula di laman sosial pada tahun 2011. Malah tidak pernah bertemu muka, tidak pernah bersua tetapi bermadah kasih.
Tanpa tahu alasannya apa, amat sukar bagi Aulia melepaskan abang angkatnya. Sedangkan itu amat menyakitkan buat Daniyal. Disebabkan sayanglah, daniyal pendam, telan, tidak menyuarakan rasa cemburu teramat dalam.

No matter how hard he try, he will always fail. Aulia will never let him go. He seems to be very important to her and daniyal doesnt give up easily. Keep on trying and going more harder. Doesnt give up even a little. That shows he is maybe more important than daniyal in aulia's life. Bila abang angkatnya rindukan seseorang yang lain, Aulia akan cemburu. Padahal daniyal merasakan lebih teruk daripada itu. Kerana terpaksa Daniyal relakan. Kerana cintalah dia berbuat demikian. Hati Aulia berbahagi dua. Sering berlaku perbalahan, namun Daniyal akur dan mengalah. Sentiasa  dia yang mengalah. He let her be. Daniyal merasakan dicurangi secara halal tapi seharusnya, Aulia sedar akan hal itu.

Aulia berjanji akan menunggu Daniyal sehingga tibanya saat lafaz ijab kabul terlafaz dan walimatul urus sebagai pengikat yang halal lagi baik. Tetapi Daniyal juga manusia biasa. Punya sifat cemburu. Hati siapa tak terusik ego siapa yang tidak tercabar sekiranya insan yang dicintai hatinya berbelah bagi dan pada masa yang sama separuh hatinya milik orang lain. Aulia tidak pernah faham dan seolah-olah langsung tidak ingin memahami apa yang sebenarnya Daniyal rahsiakan disebalik keceriaan dan senyuman indah terukir di bibir Daniyal. Aulia sentiasa merasakan bahawa apa yang dia lakukan adalah betul walaupun ianya amat menyiksakan batin Daniyal. Abang angkat Aulia pun menghadapi situasi yang sama dengan Aulia. Perasaan yang berbelah bagi. Perasaan itu wujud disebabkan dia juga mempunyai insan yang bertakhta di hati namun akibat perhubungannya dengan Aulia dicemburui insan tersebut dan selalunya berakhir dengan memutuskan hubungan. Berbeza dengan Daniyal yang hanya membiarkan dirinya tersiksa daripada kehilangan insan yang benar2 menjadi nadi yang menghidupkannya. Daniyal mempertaruhkan kebahagiaan dirinya untuk Aulia. Sedangkan dia tahu yang lebih baik sedang menantinya.

Kesudahannya wallahualam. Janji Allah itu pasti. Andai jodoh, Inshallah sehingga akhirnya. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Kita berhak merancang tetapi yang menentukannya hanya Allah yang satu. Cinta hakiki hanya pada Allah yang satu namun cinta yang luhur dan murni memerlukan pengorbanan. Ibarat persahabatan, dipupuk disemai dan dibaja sehingga benar2 utuh. Walau banyak dugaan menimpa, Daniyal sudah cukup tabah dalam mengharungi semuanya. Cuma dia perlu menunggu hingga bila pendirian Aulia akan teguh."Pengorbanan dalam percintaan" yang telah Daniyal lakukan tiada batasan sehingga haknya sendiri tidak terdapatkan. Begitu setianya, jujurnya cinta Daniyal pada Aulia. Berkali terluka masih jua setia menuunggu. Pengorbanan tiada habisnya, itulah cinta sejati~

Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga teguhnya
Pendirian di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang
Aku curahkan buat mu seorang

Jika benar cinta itu buta
Butakah mata ku
Berkali terluka masih jua ku menunggu
Apa yang ku ingin kan
Hanya kejujuran dalam perhubungan
Jika itu tiada apalah ertinya
Penantian ini hanya sia-sia~

written by : SNBMA :)

 

Wednesday, June 18, 2014

Hari-Hari

Hari2.. dilalui dengan benda yg sama..
rutin yang sama,
blajar,
blajar,
blajar,
solat,
makan,
tido,
main,
lepak,
jalan2,
online kdg2 la..,
dengar lagu,
men game,
layan jiwang,
enjoy!!!!!








pasya training vokal.. hahahahahahaha...
kamekorg bekaraoke pake buang stresssssss... nahhh..

Monday, June 16, 2014

coretan hati

Assalamualaikum wbkt...
Coretan kali ini ialah tentang hakitat hidup bersosial dan berkeluarga@berangkat di alam maya....
Coretan ini umun dan khas untuk para gadis yang sedang meningkat remaja..
coretan ini menggunakan 2 bahasa iaitu bahasa melayu & bahasa sarawak
 Hidup ini ada kalanya membosankan..
Ada kalanya sedih dan gembira..
okayyy..

tika kebosanan..
tika sedih dan duka,
tika kesunyian,
rasa boringgg..
hati terdetik ingin mencari teman,
teman Alam maya @ sosial,
melalui fb, twitter, wechat dan sbgainya....
teman,
sebagai tempat untuk meluah perasaan..
untuk berkongsi suka dan duka..











 okayyyy...
hmmm.. then, bermulah pencarian....
dan hadirlah seorang lelakiiii....
lelaki yang setia mendengar..
luahan suka dan duka si gadis..
lelaki yang tidak diketahui asal usulnya,
keperibadiannya,
tujuannya,
sifatnya,
.....................
bermula daripada berkenalan....
berkongsi cerrita bersama...
bermulalah detik detik bahagia...
setiap hari mendapat greeting...

pabila hadir rasa bahagia,
rasa diri dihargai,
rasa diri mendapat kasih sayang...
teruss soalan "wanna be ma adopted brother?" diajukan...
kasih seorang "abang" alam maya...



hari demi hari berlalu..
kasih seorang abang semakin berbungaaaaa...
saling care antara satu sama lain, (caring)


mmm.. maybe word baby ada kurengg sikit.. just 4 an example laaa. okayy

perasaan rindu pun hadir,
tika mesej, inbox, chat tidak dibalass..
rasa resah kerna rindu pun hadirr...



hubungan yang terjalin semakin akrab/rapat,
walaupun x pernah berlumpa,
x pernah bersua,
x pernah face to face,
namun kasih dan sayang itu wujud,
kasih sayang Alam maya,
sehingga begitu sukar untuk melupakannya,
dikatakan,
begitu sukar untuk melepaskannya,
kerana rasa yang telah lahir tika bersamanya,
kerana masa yang terlalu lama dilalui bersamanya,
di alam MAYA..

mengapa ianya begitu sukarrrr???
ianya x mendatangkan apa2...
ianya hanya hubungan yang bersifat maya...
adakah kehilangannya boleh merosakkan kebahagiaan,
menyepikan kehidupan,
menyedihkan hari-hari kehidupan,
merampas rasa gembira,
merobek jiwa dan raga,
melukakan hati bagai dihiris dengan sembilu...
sedangkan ianya hanya Maya...,
sehingga sanggup mementingkan kebahagaan diri,
tega melontarkan kata2 sebegini =
ada lagi yang lebih penting dalam hidup kita,
tempat mengadu yang paling Afdal : pencipta kita,
seterusnya ibu bapa..
seterusnya ahli keluarga,
saudara mara..
sahabat..

dan orang yang kita sayang,
yang kita cinta,
yang kita kenal sifatnya,
yang kita tahu 100% siapa dirinya,
yang kita tahu.. Sanggup MATI untuk kita...
sangggup menunggu kita,
menjadi yang halal buat kita...
 
memang..
memang hati terasa puas/lega pabila segala-galanya diluah kepada si dia yang kita sayang di Alam MAYA,
terasa tenang bila bercerita denganya,
rasa bahagia,
rasa indah,
nyaman!!!
tapi ianya tidak pernah menyelesaikan masalah
sebaliknya boleh mendatangkan masalah...

berikut adalah pendapat daripada dua orang remaja wanita...

1) "Pendpt kmk, kta sbgi prmpuan tok x dpt mok beri spnuh kepercayaan dgn org laki. Lebih2 gik knal jak dlm fb. Kta xtauk pun niat cdak trhdp kta. Bait ka buruk. Prmpuan tok mun dh cyak glak dgn org laki, kta ekot jak kta laki ya. Ny akan sa drik ny btl jak bla plh bndaya. Kmk phm, mpuan kdk kta,lbh ska brkwn dgn cdak laki. Kta nang enjoy tp brpada2lah.So, kta iboh mudah glak mk brik spenuh kprcyaan kta kat cdak. Lebih2 gik xpernah f2f. Blh ng blh, tp, iboh over glak."

2) For me, please don't put a high hopes and trust to mana2 orang yang kita x pernah jumpa walaupun we know each other through fb or else.. kita x tauk bah hati orang gine gk2 nak xpnah jumpa ya... kita x pat expect bah in future klak..





END!!
 


santapan minda 

                                           :) :) :) :) :)






 














 




Monday, June 9, 2014

Bicara Hati Yang Sepi

Nanananananananananananana....
Lalalalalalalalalalalalala....

Aku,
Aku seorang insan,
Insan biasa,
Insan yang berdarah merah,
Insan yang berambut hitam,
Insan yang bergelar lelaki..

Fikiranku buntu,
Memikirkan sesuatu,
Membezakan sesuatu,
Menilai sesuatu,
Sebagai seorang insan biasa....
Siapakah yang lebih penting?
Siapakah yang lebih utama?
Siapakah yang lebih diperlukan?

Samada orang yang telah kita kenal,
Telah kita lihat di depan mata,
Orang yang benar2 kita fahami sifatnya,
Orang benar-benar kita jiwai hatinya,
Orang yang sanggup bekorban utk kita,
Orang yang mengalirkan air mata kerna kita,
Orang kita amat cintai,
Orang yang kita ingin hidup bersamanya,
Sehidup semati..

Atau,
Orang yang hanya kita kenal di alam maya,
Orang yang tidak kita tahu siapakah dirinya yang sebenar,
Orang yang kita luahkan segala rasa sekadar melepaskan tekanan dan menenangkan jiwa,
Bukan untuk menyelesaikan,
Orang yang mempunyai hati yang sedang mencintai yang lain dan diri kita tetapi gusar memilih siapa, Orang yang menyerikan sunyi,
Orang yang tidak pastiiii..
Orang yang hanya hati inginkan...
lalalalalala..
Nanananananana...

End

Saturday, June 7, 2014

lalalalalala.. minda serabut..

idup tok nang complicated,
sudah,
kadang-kadang indah,
kadang-kadang parah,
kadang-kadang suka,
kadang-kadang duka.

soal hati,
hati manusia nak susah nak difaham,
ada satu perbezaan yang susah dan terlalu susah nak difaham,
perbezaan sayang dan cinta,
bla bla bla...

aku sayang kau,
aku cinta kau,
apa bezanya?

hati...
dikatakan hati ini hanya ada satu ruang untuk insan tersayang,
bagaimanakah jika di dalam hati tersebut,
ada rasa sayang pada dua insan,
apakah yang membezakannya,
apakah perasaan insan yang disayang,
jika di dalam hati,
ada lagi seseorang yang disayang....

bla, bla , bla... ngurasssss.. blurrr... gilaaaaa...
lalalalalalalalalalalalalala....

apakah beza sayang antara dua insan..
jika kedua-duanya tidak ingin dilepaskan...

lalalala.. bla bla bla... blurrrr...

apakah beza sayang antara dua insan,
jika kedua-duanya,
merupakan tempat untuk menitiskan airmata,
berkongsi senyuman,
berkongsi suka,
berkongsi duka,...

lalalalalalala... dah dah dah dah... bal bla bla...

apakah beza..
 siapakah tinggi..
siapakh rendah..
jika tak boleh hidup tanpa kedua-duanya...
 

aaarrggghhh..

end...


 



Sunday, June 1, 2014

Bukan Bibir Ini Berbicara, Namun Jiwa Ini Berbahasa

Kasih, Aku sangat mencintaimu,
Aku sangat rindu padamu,
Aku sangat sayang padamu,
Aku tekad dan berazam,
Untuk menjadikan kau yang halal buatku,
Aku rela menunggumu,
Aku ikhlas sayang padamu..

 Namun..
Aku bingung,
Aku risau,
Aku gusar,
Jika sepanjang ketiadaanku,
Tika bekorban demi masa depan,
Engkau ada tempat lain untuk mengadu,
Engkau ada tempat lain untuk bermanja,
Engkau ada tempat lain untuk bercerita,
Engkau ada bahu lain untuk menangis...

Aku terlalu sayang padamu..
Aku tidak sanggup melihat dirimu bermanja orang lain,
Yang sejantina dengan ku,
Tidak sedarah dengan mu,
Setia mendengar luahan mu,
Dan mungkin, Cinta padamu..
Hati manusia tiada siapa yang tahu..

Hanya lelaki yang memiliki perasaan sayang,
Bahkan cinta sahaja,
Sanggup mendengar luahan seorang hawa..
Berkongsi suka duka denganya,
Mahupun bermanja,
Itulah yang amat aku risaukan...

Aku harap,
Engkau mengerti,
Engkau Hayati,
Engkau Fahami,
Apa yang sering bermain di hatiku ini...

Rasa sakit,
Rasa gusar,
Derita ini.. Hanya pencipta cinta yang tahu...
-Haziq Suhaidi-