Dulu,
Cinta terkenal dengan permulaannya,
Dari mata turun ke hati,
Namun kini,
Cinta juga beputik,
Daripada laman sosial,
Bermula daripada "chat" turun ke hati..
Tetapi...
Cinta yang tersebut,
Tinggi risikonya,
Terlalu bahaya bagi sang hati,
Yang hanya mencintai,
Kerana perkataan,
Bukan perbuatan..
Hanya kerana perkataan,
Hanya kerana ayat,
Hadirnya perasaan,
Cinta,
Sayang,
Dan rindu..
Betapa tingginya,
Peranan ayat dalam percintaan,
Gadis2 mudah cair,
Dengan untaian kata jejaka2..
Yang bisa menjadi,
Realiti,
Perangkap,
Atau mainan semata...
Yang lebih terang lagi bersuluh,
Pada masa kini,
Maruah sebahagian gadis2,
Semakin pudar,
Kerana budaya,
Kerana ceteknya ilmu,
Kerana kurangnya didikan,
Kerana tidak wujudnya amalan..
Cinta menjadi semakin murah,
Bahkan terlalu murah bagi gadis,
Yang tidak ternilai harganya..
Sehingga sanggup berhabisan wang,
Berhabisan tenaga,
Bahkan sanggup berpisah dari keluarga,
Dan curang dengan kekasih yang dulunya amat dia cintai,
Kerana penangan ayat di laman sosial...
No comments:
Post a Comment