KM

KM
:)

Tuesday, September 16, 2014

Cinta dulu dan kini...

Dulu,
Cinta terkenal dengan permulaannya,
Dari mata turun ke hati,
Namun kini,
Cinta juga beputik,
Daripada laman sosial,
Bermula daripada "chat" turun ke hati..

Tetapi...
Cinta yang tersebut,
Tinggi risikonya,
Terlalu bahaya bagi sang hati,
Yang hanya mencintai,
Kerana perkataan,
Bukan perbuatan..

Hanya kerana perkataan,
Hanya kerana ayat,
Hadirnya perasaan,
Cinta,
Sayang,
Dan rindu..

Betapa tingginya,
Peranan ayat dalam percintaan,
Gadis2 mudah cair,
Dengan untaian kata jejaka2..

Yang bisa menjadi,
Realiti,
Perangkap,
Atau mainan semata...

Yang lebih terang lagi bersuluh,
Pada masa kini,
Maruah sebahagian gadis2,
Semakin pudar,
Kerana budaya,
Kerana ceteknya ilmu,
Kerana kurangnya didikan,
Kerana tidak wujudnya amalan..

Cinta menjadi semakin murah,
Bahkan terlalu murah bagi gadis,
Yang tidak ternilai harganya..

Sehingga sanggup berhabisan wang,
Berhabisan tenaga,
Bahkan sanggup berpisah dari keluarga,
Dan curang dengan kekasih yang dulunya amat dia cintai,
Kerana penangan ayat di laman sosial...


Sunday, September 14, 2014

Doaku untukmu

Ya Allah,
Kau bukakanlah pintu hatinya,
Untuk menerima hidayahMu,
Untuk berdiri di atas jalanMu,
Untuk memperjuangkan ajaranMu..

Kau berikanlah petunjukMu padanya,
Agar mendalami apa yang sepatutnya,
Agar mencintai diriMu, persuruhMu dan ajaranMu..

Kau jadikanlah dia,
Orang yang sentiasa taat padaMu,
Patuh akan perintahMu,
Mengamalkan sunnah persuruhMu,
Mencontohi isteri persuruhMu, Aisyah RA,

Ya Allah,
Jika benar,
Dia yang tertulis untukku,
Kau jadikanlah dia rahmat untukku,
Kerana yang kuinginkan adalah,
Seseorang,
Yang mampu,
Menegur kesalahanku,
Mengejutkanku tika subuh menjelma,
Mengingatkanku akan 5 waktu bersamaMu,
Membantuku berjuang dijalanMu..

Allahumma Amiin...

Doaku

Ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan kami,
Kau makbulkanlah doa kami,
Kau bukakanlah pintu hati kami,
Kau bukakanlah pintu hati kedua org2 tua kami,
Kau berikanlah kami dan mereka hidayah,

Yang kami ingin,
Bukannya dosa dan noda,
Tapi,
Bersatu di atas jalan Mu,
Bersatu di jalan yang suci lagi halal,
Bersatu memperjuangkan agama Mu,
Menjauhkan diri daripada maksiat,
Menjaga maruah..

Ya Allah,
Kami mempunyai perasaan yang sama,
Iaitu, saling memerlukan antara satu sama lain,
Kau bantulah kami,
Kau jadikanlah cita2 kami ini,
Sebuah kenyataan.

Amiin ya Rabbal Alamiin :')

Saturday, September 13, 2014

Hati, mata dan cinta

Hati...
Jika hati dah terlalu sayang dilukai,
Dan dikecewakan
Pasti rasanya terlalu sakit,
Terlalu perit,
Bahkan mustahil mata tidak menangis...

Mata yang menangis,
Jika kerana cinta,
Itu biasa,
Jika cinta pada manusia,
Itu ujian dan ianya bersifat sementara,
Tangis kerana cinta manusia tidak mendatangkan apa2..
Sebaliknya,
Tangis kerana Allah,
Kerana dosa,
Kerana mensyukuri nikmat,
Itulah sebaikya,
Kerana ianya memadam api neraka..

Friday, September 12, 2014

LOVE

LOVE..
Bermula daripada huruf 'L',
Yang membawa erti,
LISTEN..

Lahir pada pasangan yang,
Mendengar satu sama lain,
Yang memahami satu sama lain..

Hakikat cinta kelihatan indah,
Namun,
Di dalamnya terselit,
Beribu rasa,
Yang sukar diungkap..

Hakikat cinta itu,
Membawa ketenangan,
Menghapus air mata,
Mengukir senyuman,
Pelengkap diri yang tidak sempurna..

Dua hati,
Yang bercantum menjadi satu,
Memerlukan ikatan yang kuat,
Persefahaman yang gitu,
Tidak terkecuali,
Pengorbanan..

Dan,
Ianya kekal,
Ianya indah,
Jika dua hati,
Memilih untuk bersatu,
Memilih untuk setia,
Selamanya~



Adam, Adam2 dan Hawa :)

Al kisah...
Jika seorang yang bergelar hawa,
jatuh cinta pada seorang adam,
namun punya perasaan sayang pada seorang lagi adam (adam2)...

Sekian lama....
Segala isi hati diluah kepada adam2,
Segala perasaan dikongsi kepada adam2,
Kisah hidup,
Segala-galanya dikongsi...

Namun sang adam,
hanya menjadi tempat,
untuk meluahkan rasa gembira,
untuk menikmati rasa bahagia..
untuk mencari senyuman..

Sedangkan....
cinta itu...
membawa maksud perkongsian hidup..
merangkumi duka, suka, sedih dan gembira bersama..
cinta itu untuk melengkapi yang tidak sempurna..

jika ada satu kuiz dianjurkan..
kuiz yang menanyakan soalan..
perihal hidup sang hawa..
apa yang hawa suka,
apa yang hawa tak suka,
apa yang hawa minat,
apa yang membahagiakan hawa,
apa cara memahami hawa,

nescaya..
adam2 mampu menjawab kesemuanya..
dan
adam hanya mampu menjawab sebahagian kecil daripadanya..
keranaaaaaaaa..
apa yang dikongsi pada adam2 adalah segala-galanya..
dan
apa yang dikongsi pada adam hanyalah bahagia,hanyalah senyuman..

tataa..